gap

Keperluan Undang-undang

Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)

Akta Bekalan Elektrik 1990 (dan pindaan tahun 2001) memperuntukan keperluan sesuatu aktiviti berkaitan dengan pembekalan elektrik dilesenkan seperti berikut:

 

Seksyen 9(1): "Tertakluk kepada mana-mana pengecualian yang ditetapkan, tiada seorang pun, selain daripada pihak berkuasa bekalan, boleh: -

(a)  menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan atau membenarkan diguna, dikerja atau dikendalikan mana-mana pepasangan; atau

(b)  membekalkan tenaga daripada mana-mana pepasangan kepada atau bagi kegunaan mana-mana orang lain, kecuali di bawah dan mengikut terma-terma sesuatu lesen yang membenarkan dengan nyata pembekalan atau penggunaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan."

Seksyen 9(2): "Lesen boleh diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan kelulusan Menteri apabila dibayar mana-mana fi dan syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai-manfaat memandangkan tugas-tugas yang dikenakan dalam peruntukan Akta berkenaan."

 

Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (dan pindaan 2003) pula menetapkan borang diguna dan fi yang perlu dibayar bagi pengeluaran lesen-lesen, seperti berikut:

Peraturan 8:  "Suatu lesen bagi pepasangan awam hendaklah dalam borang yang Suruhanjaya Tenaga fikirkan patut dan sesuai bagi pepasangan awam."
Peraturan 9:   "Suatu lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah dalam Borang F yang ditetapkan dalam Jadual Pertama"

Peraturan 10(1):   Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen pepasangan awam, selain penjanaan yang disebut dalam subperaturan (2), hendaklah kadar tahunan dan pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian III Jadual Kedua

Peraturan 10(2):   Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen pepasangan awam untuk penjanaan elektrik menggunakan tenaga biojisim, kuasa hidro, kuasa suria, kuasa haba bumi, kuasa angin, sumber ombak dan air pasang surut dengan kuasa agregat tidak melebihi 10 MW hendaklah dibayar secara tahunan pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian IIIA Jadual Kedua.
Peraturan 10 (3):  Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen  pepasangan persendirian hendaklah dibayar secara penuh mengikut tempoh sah sesuatu lesen dan pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian IA Jadual Kedua.

Peraturan 10(4):   Semua fi yang kena dibayar di bawah subperaturan (1), (2) dan (3) hendaklah dibayar pada permulaan tahun setiap lesen.

Peraturan 10(5): Apa-apa fi yang telah dibayar sebelum berkuatkuasanya Bahagian iA, III dan IIIA Jadual Kedua tidak boleh dibayar balik.