gap

Garis Panduan Pendaftaran Pepasangan

Pendaftaran Pepasangan

Adalah menjadi tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah milikan atau kendaliannya sepertimana kehendak Seksyen 21, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan 2001).

 

Kegagalan untuk mendaftarkan pepasangan tersebut adalah menjadi satu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM25,000 dan denda tambahan tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

 

Permohonan pendaftaran pepasangan elektrik boleh dibuat di pejabat-pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST) Kawasan. Pejabat-pejabat ST Kawasan akan menerima dan memproses permohonan mengikut alamat pepasangan yang terletak di bawah kawasan masing-masing.

 

Prosedur dan syarat pendaftaran pepasangan elektrik

  1. Bagi pepasangan baru dibina atau lama yang ingin didaftarkan;

Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah mengemukakannya kepada ST:-

  • Mengisi borang permohonan pendaftaran pepasangan [ST(KE)9] secara atas talian.
  • Sebelum permohonan dapat dilengkapkan, pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna sistem ECOS dan mengemaskini maklumat profil syarikat dan pepasangan.
  • Maklumat permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada ST secara atas talian.
  • Makluman penerimaan akan dihantar secara emel kepada pemunya atau pengurusan pepasangan.
  • Borang A (permohonan bagi pendaftaran pepasangan)
    • Borang A perlu diisi secara atas talian.
    • Pemohon perlu mencetak dan tandatangan Borang A tersebut. Borang A yang telah lengkap ditandatangan perlu dimuatnaik ke dalam sistem ECOS semasa membuat permohonan pendaftaran pepasangan.
    • Salinan Borang A yang asal perlu disimpan oleh pemohon. Pihak ST boleh meminta salinan asal Borang A pada bila-bila masa semasa proses kelulusan permohonan pendaftaran pepasangan.
  •  Pelan, lukisan skematik dan spesifikasi seperti yang ditandatangani oleh orang-orang kompeten mengikut kadar had Voltan/Ampere pepasangan seperti berikut:-
  1.  Pendawai 1 fasa - Voltan rendah 1 fasa sahaja
  2. Pendawai 3 fasa - Voltan rendah hingga 60A
  3. Penyelia Elektrik -  Voltan rendah hingga 100A
  4. Jurutera Elektrik - semua voltan rendah sahaja Kompeten tidak berdaftar dengan LJM (Lembaga Jurutera Malaysia)
  5. Jurutera Elektrik - tiada had pepasangan Kompeten & Jurutera Perkhidmatan Elektrik yang berdaftar dengan LJM
  • Maklumat nombor rujukan pelan perlu dimasukkan di dalam permohonan.
  • Pemohon tidak perlu menghantar salinan asal pelan dan lukisan tersebut ke Pejabat ST untuk pengesahan.
  • Walaubagaimanapun, pelan, lukisan skematik dan spesifikasi yang asal perlu disimpan oleh pemohon. Pihak ST boleh meminta pelan dan lukisan tersebut pada bila-bila masa semasa proses kelulusan permohonan pendaftaran pepasangan.
  • Kegagalan menghasilkan salinan asal pelan dan lukisan seperti yang dinyatakan di dalam borang, boleh menyebabkan permohonan kelulusan pendaftaran pepasangan tersebut ditolak.


Borang G & H seperti di bawah:-
 
Borang G (Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan) yang diisi oleh-

  • Pendawai 1 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 1 fasa; atau
  • Pendawai 3 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 3 fasa, di mana pendawai-pendawai tersebut hendaklah bekerja sepenuh masa dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST.

 

Borang H (Perakuan Ujian) yang diisi oleh-

  • Pendawai 1 fasa atau 3 fasa yang diberi kuasa untuk menguji bagi kerja-kerja pendawaian dan pengujian 1 fasa; atau
  • Pendawai 3 yang diberi kuasa untuk menguji kerja-kerja pendawaian dan pengujian 3 fasa; atau
  • Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan kontraktor Perkhidmatan Elektrik bagi pepasangan voltan tinggi.

 

Nota:

  • Borang G dan Borang H perlu diisi secara atas talian
  • Pemohon perlu mencetak dan tandatangan Borang G dan Borang H tersebut. Borang G dan Borang H yang telah lengkap ditandatangan perlu dimuatnaik ke dalam sistem ECOS semasa membuat permohonan pendaftaran pepasangan.
  • Salinan Borang G dan Borang H yang asal perlu disimpan oleh pemohon. Pihak ST boleh meminta salinan asal Borang G dan Borang H pada bila-bila masa semasa proses kelulusan permohonan pendaftaran pepasangan.

 

  1. Bagi pepasangan yang telah berdaftar yang ingin diperbesarkan atau diubahsuai, pemunya atau pengurusan pepasangan tersebut juga dikehendaki membuat permohonan secara atas talian ke dalam sistem ECOS. Pemohon hendaklah mengemaskini maklumat tambahan di dalam permohonan tersebut. 

 

  1. Setelah pepasangan elektrik itu diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk didaftarkan, maka suatu Perakuan Pendaftaran Pepasangan dalam Borang B akan dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan. Pengguna boleh mendapat salinan Borang B pada portal sistem ECOS. Pemohon boleh mendapatkan salinan asal Borang B perlu di Pejabat ST.

 

  1. Permohonan daftar semula pepasangan juga perlu dibuat pada sistem ECOS.

 

Fi Bayaran

Kadar Kapasiti Pepasangan dan Fi Dikenakan

Semua pepasangan*** perlu didaftar dan fi adalah mengikut keupayaan pepasangan tersebut. Kaedah pengiraan keupayaan pepasangan adalah seperti di Lampiran A.

 

Mengikut kehendak Peraturan 4, fi yang perlu dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran Pepasangan seperti berikut:-

 

Installation Capacity

Annual Fees

1 yr

2 yrs

3 yrs

4 yrs

5 yrs

For every installation that is 10kW or less

RM 30

RM 60

RM 90

RM 120

RM 150

For every installation exceeding 10kW - 50kW

RM 165

RM 330

RM 495

RM 660

RM 825

For every installation exceeding 50kW - 100kW

RM 550

RM 1,100

RM 1,650

RM 2,200

RM 2,750

For every installation exceeding 100kW - 300kW

RM 1,100

RM 2,200

RM 3,300

RM 4,400

RM 5,500

For every installation exceeding 300 - 600kW

RM 1,650

RM 3,300

RM 4,950

RM 6,600

RM 8,250

For every installation exceeding 600kW - 5000kW

RM 2,200

RM 4,400

RM 6,600

RM 8,800

RM 11,000

For every installation exceeding 5000kW **

RM 3,000

RM 6,000

RM 9,000

RM 12,000

RM 15,000

* ertinya tahap maksimum kuasa elektrik sesuatu pepasangan boleh diguna, dikerja atau dikendalikan dalam sesuatu tempoh tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, untuk sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada tahap kuasa elektrik yang maksimum, yang sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekal dalam sesuatu tempoh, mengikut mana satu yang lebih tinggi.

** Bagi pepasangan yang mana kapasiti melebihi 5000kW, permohonan bukan melalui ECOS Online. Sila hubungi Pejabat Suruhanjaya Tenaga untuk maklumat lanjut.

 

***   (i) janakuasa tunggu sedia yang dipasang bagi maksud membekal tenaga sekiranya bekalan daripada pemegang lesen terputus bekalannya;dan/atau

        (ii) yang menerima tenaga daripada pemegang lesen pada voltan 11,000 volt atau lebih.

 

Fi Bayaran untuk Orang Kompeten

 

Bayaran pendaftaran orang kompeten bagi pepasangan adalah seperti berikut:

 

Orang Kompeten

Fi Pendaftaran

1 tahun

2 tahun

3 tahun

4 tahun

5 tahun

Jurutera Perkhidmatan Elektrik

RM300

RM 600

RM 900

RM 1,200

RM 1,500

Jurutera Elektrik Kompeten

RM 200

RM 400

RM 600

RM 800

RM 1,000

Penyelia Elektirk

RM 150

RM 300

RM 450

RM 600

RM 750

Penjaga Jentera (voltan kendalian melebihi 1kV sehingga 33kV)

RM 110

RM 220

RM 330

RM 440

RM 550

Penjaga Jentera (voltan kendalian sehingga 1kV)

RM 60

RM 120

RM 180

RM 240

RM 300

Pendawai ( Fasa 1 )

RM 30

RM 60

RM 90

RM 120

RM 150

Pendawai ( Fasa 3 )

RM 40

RM 80

RM 120

RM 160

RM 200

Pencantum Kabel

RM 40

RM 80

RM 120

RM 160

RM 200

 

 

Pemeriksaan Pepasangan

Pemeriksaan ke atas Pepasangan Sebelum Kelulusan Dibuat

 

Suruhanjaya Tenaga boleh melakukan pemeriksaan dan ujian pepasangan setelah menerima Borang A yang di hantar bersama-sama permohonan oleh pemohon.

 

Untuk itu, notis pemeriksaan permulaan (Borang D) dan susulan (Borang E) akan diberikan secara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan terlebih dahulu sebelum hari pemeriksaan dibuat. Pemunya atau pengurusan pepasangan setelah menerima notis berkenaan hendaklah membuat persediaan bagi pemeriksaan dibuat dan hadir pada masa pemeriksaan dan ujian itu.

 

Setiap pemeriksaan yang dilaksanakan oleh ST akan dikenakan Fi bayaran yang perlu dijelaskan  oleh pemunya atau pengurusan pepasangan tersebut.

Lawatan Pemeriksaan Berkala Ke Atas Pepasangan Elektrik

Orang-orang kompeten yang boleh membuat lawatan pepasangan untuk pemeriksaan tetap adalah:

  1. Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan rendah:-
    • Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE)
    • Jurutera Elektrik Kompeten (JEK); atau
    • Penyelia Elektrik (PE)
  2. Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan tinggi:
  • Jurutera Perkhidmatan Elektrik(JPE); atau
  • Jurutera Elektrik Kompeten (JEK)

Kekerapan lawatan oleh orang kompeten bagi pepasangan di bawah tanggungjawabnya adalah seperti berikut:

Pembatalan Perakuan Pendaftaran Pepasangan

Suruhanjaya Tenaga boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan jika:-

  • pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan;
  • pepasangan itu didapati tak selamat untuk digunakan;
  • orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakannya bagi tujuan yang berlainan dengan tujuan Perakuan itu dikeluarkan; atau
  • orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini.

 

Pemunya atau pengurus pepasangan boleh menyemak status pembatalan perakuan pendaftaran pepasangan pada sistem ECOS.

 

Orang Kompeten untuk Pepasangan

 

Pengendalian pepasangan elektrik

Pemunya atau pengurusan pepasangan pada kadaran 100A dan ke atas hendaklah melantik orang kompeten untuk mengerja, mengendali atau mengawal apa-apa kerja ke atas pepasangan mereka. Bilangan dan sekatan skop kerja orang kompeten yang perlu dilantik hendaklah disyorkan oleh mana-mana orang kompeten seperti berikut:-
       
(a) Bagi pepasangan dikendali pada voltan yang tidak melebihi 600 V:   

  • seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; atau
  • seorang Jurutera Elektrik Kompeten; atau
  • seorang Penyelia Elektrik; atau 
  • seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen.

(b) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 600V tetapi tidak melebihi 132kV:  

  • seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; atau
  • seorang Jurutera Elektrik Kompeten; atau
  • seorang Jurutera Perkhidmatan residen.

(c) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 132 kV,

  • seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen. 

 

Kategori kekompetenan dan sekatan skop kerja orang kompeten bagi Penjaga Jentera adalah seperti berikut:-

 

Syarat orang kompeten yang mengendalikan pepasangan elektrik

 

Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga hendaklah mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya seperti kehendak Peraturan 63(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Fi pendaftaran Perakuan Kekompetenan adalah sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih dari 5 tahun dengan bayaran fi seperti ditetapkan.