gap

Pendaftaran Pengurus Tenaga

 

1. PENGENALAN

Pengurus tenaga elektrik pepasangan yang berdaftar

 

Peraturan 11.

(1) Tiada seorang pun boleh melibatkan diri dalam, akan diambil bekerja atau mengemukakan dirinya sebagai seorang pengurus tenaga elektrik berdaftar bagi tujuan Peraturan-Peraturan ini melainkan jika orang itu telah didaftarkan oleh Suruhanjaya.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

 

2. SYARAT KELAYAKAN

Peraturan 12.

  • Warganegara Malaysia berumur 23 tahun ke atas, dan
  • Merupakan seorang Jurutera Profesional dan mempunyai sekurang-kurangnya enam bulan pengalaman bekerja dalam bidang pengurusan tenaga elektrik dengan cekap, atau
  • Memegang ijazah dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Seni Bina atau yang setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurang nya satu tahun dalam bidang pengurusan tenaga elektrik dengan cekap; atau
  • Memegang perakuan kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Perkhidmatan atau Jurutera Elektrik Kompeten seperti dalam Peraturan-PeraturanElektrik 1994 dan mempunyai sekurang-kurangnya Sembilan bulan pengalaman bekerja dalam bidang pengurusan tenaga elektrik dengan cekap; dan
  • Menunjukkan pengetahuan tentang kehendak Akta dan Peraturan-Peraturan; dan
  • Suruhanjaya mungkin menghendaki orang itu untuk menghadiri temuduga

 

3. SKOP PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN

3.1 Akta-akta dan peraturan-peraturan bekalan elektrik yang berkenaan

       i) Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008

      ii) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Akta Bekalan Elektrik 1990

                • Keperluan keselamatan dalam bekerja dengan pepasangan elektrik

 

3.2 Pengetahuan dan pengalaman

      i) Audit Tenaga

               • Kaedah untuk melaksanakan audit tenaga

               • Peralatan untukmelakukan audit tenaga dan penyediaan laporan audit tenaga

 

     ii) Penglibatan dalam projek / program kecekapan tenaga

               • Tempoh penglibatan (bulan / tahun)

               • Jenis penglibatan (pengurusan / teknikal)

               • Tanggungjawab dan tugas-tugas yang dilakukan

               • Senarai danpenerangan projek / program yang terlibat

 

    iii) Operasi sistem / peralatan elektrik di pepasangan

               • Jenis bekalan elektrik daripada syarikat-syarikat utiliti

               • istilah biasa dalam bekalan elektrik

               • Peralatan yang menggunakan tenaga elektrik dengan banyak

 

    iv) langkah-langkah penjimatan tenaga

              • langkah-langkah penjimatan tenaga untuk kilang-kilang, bangunan dan peralatan elektrik

              • parameter biasa untuk mengukur prestasi kecekapan tenaga

              • klasifikasi kecekapan Tenaga untuk peralatan elektrik

              • teknologi kecekapan tenaga dan aplikasi

              • pengiraan asas untuk menganggarkan potensi penjimatan tenaga daripada langkah-langkah penjimatan tenaga

 

4. BAGAIMANA MEMOHON?

    i) Sila kemukakan:

              • Borang permohonan lengkap yang dicetak dari sistem ECOS, BORANG ST (DSM/PTE/2009)

              • Laporan projek kecekapan tenaga*

              • Maklumat dan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan

              • Yuran pemprosesan

 

         *Laporan Projek Kecekapan Tenaga

              • Sekurang-kurangnya satu laporan projek (laporan itu hendaklah dikemukakan mengikut format yang disediakan di dalam borang permohonan)

              • Hanya projek yang berkaitan dengan tenaga elektrik(projek yang berkaitan tenaga haba boleh dikemukakan sebagai tambahan)

 

         Jenis projek

              • Projek yang telah dilaksanakan - daripada idea-idea konsep, perlaksanaan dan laporan tentang penjimatan yang dicapai, atau

              • Audit Tenaga / kajian kemungkinan

 

5. YURAN

No

Jenis Yuran

Yuran (RM)

1.

Permohonan bagi pendaftaran sebagai seorang pengurus tenaga elektrik

RM20.00 bagi setiap permohonan

2.

Pengeluaran / pembaharuan perakuan pendaftaran

RM100.00 setahun

3.

Permohonan bagi penggantian perakuan pendaftaran

RM50.00 senaskah

4.

Permohonan untuk salinan perakuan pendaftaran

RM10.00 senaskah

 

6. FUNGSI DAN TUGAS PENGURUS TENAGA ELEKTRIK

  • Mengaudit dan menganalisa jumlah penggunaan tenaga elektrik
  • Untuk memberi nasihat dalam membangunkan dan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap pada pepasangan
  • Untuk memantau kerberkesanan perlaksanaan langkah-langkah pengurusan tenaga elektrik
  • Menyelia penyimpanan rekod pengurusan tenaga elektrik dengan cekap pada pepasangan dan mengesahkan ketepatan rekod dan
  • Untuk memastikan penghantaran maklumat dan laporan di bawah peraturan-peraturan pada masa yang tepat.

 

7. PERAKUAN PENDAFTARAN

  • Suruhanjaya Tenaga akan memaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan untuk berdaftar sebagai pengurus tenaga elektrik telah diluluskan atau ditolak;
  • Suruhanjaya Tenaga hendaklah mendaftarkan pemohon sebagai pengurus tenaga elektrik, setelah dibayar fi yang ditetapkan dalam Jadual Pertama;
  • Jika permohonan itu ditolak, Suruhanjaya Tenaga boleh, atas permintaan pemohon, memberikan sebab secara bertulis kepada pemohon bagi penolakan itu;
  • Perakuan pendaftaran hendaklah dimasukkan dalam Borang C Jadual Kedua, dan Suruhanjaya Tenaga boleh menyatakan dalam perakuan itu apa-apa syarat atau sekatan berkenaan dengan pendaftaran tersebut.

 

8. KETERANGAN PERUBATAN

Suruhanjaya mungkin memerlukan bukti perubatan kecergasan fizikal dan mental pemohon yang disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar, dan hendaklah dikemukakan oleh pemohon sebelum perakuan pendaftaran sebagai pengurus tenaga elektrik dikeluarkan kepadanya.

 

9. TEMPOH SAH PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN

  • Perakuan pendaftaran adalah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh pengeluaran perakuan itu;
  • Bagi orang yang telah didaftarkan, hendaklah sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran membaharui pendaftarannya;
  • Suruhanjaya akan membaharui pendaftaran pengurus tenaga elektrik jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa -

- Dia telah mematuhi syarat-syarat atau sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam   perakuan pendaftaran dan

            - Dia telah membayar fi yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

  • Permohonan pembaharuan PTE hendaklah dilakukan melalui sistem atas talian ECOS. Sila kemukakan borang pembaharuan yang lengkap (BORANG ST (DSM/R-PTE2/2010) yang dicetak daripada sistem beserta dengan dokumen sokongan.

 

10. PROGRAM PEMBANGUNAN BERTERUSAN UNTUK PENGURUS TENAGA ELEKTRIK BERDAFTAR

  • Salah satu keperluan untuk pembaharuan pendaftaran sebagai Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar.
  • Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar diperlukan untuk mengambil bahagian atau terlibat dalam program-program yang berkaitan dengan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap sekurang-kurangnya lapan (8) jam kredit Program Pembangunan Berterusan (PPB/CDP) bersamaan dengan sekurang-kurangnya dua (2) hari tempoh kursus dalam tempoh sah pendaftaran yang diberikan.
  • Topik atau kandungan yang berkaitan dengan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap disenaraikan di www.st.gov.my
  • Topik-topik lain boleh dicadangkan dan akan dipertimbangkan untuk menilai kesesuaian dan kemudiannya akan diputuskan oleh Suruhanjaya Tenaga.

10.1 Jenis-jenis program

  • Kursus / sesi latihan.
  • Persidangan / seminar / bengkel.
  • Jawatankuasa teknikal / kumpulan kerja.
  • Pembentangan kertas kerja mengenai teknologi, pengurusan dan hasil penyelidikan.

 

10.2 Jenis Penyertaan

 

Sebagai satu kumpulan peserta / pembentang / anggota jawatankuasa atau kumpulan kerja

 

10.3 Pengesahan Kehadiran

  • Dalam bentuk sijil kehadiran / pengesahan bertulis oleh pihak penganjur
  • Satu pengesahan bertulis oleh pihak penganjur program mengenai penglibatan sebagai penyampai dan kerja-kerja persediaan lain yang berkaitan dengan persembahan.

 

 

11. MANA DAN SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

 

Unit Pengurusan Penggunaan Tenaga

Jabatan Pembangunan Pengurusan tenaga dan Kualiti Perkhidmatan

Suruhanjaya Tenaga

No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2
62100, Putrajaya, Malaysia.
Tel: (603) 8870 8630/8564/8698    Fax: (603) 8888 8648 
Laman Sesawang  : www.st.gov.my