gap

Garis Panduan Pendaftaran Kompeten

Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah menggunakan borang ST(PE)1 Pin. 4/2007 dan dikemukakan ke pejabat Suruhanjaya Tenaga Kawasan.


Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik

(Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)

  1. Seorang warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 20 tahun.
  3. Kelayakan pendidikan minima yang telah ditetapkan adalah tamat tingkatan lima sekolah bantuan kerajaan.
  4. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran di mana terdaapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
  5. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan
  6. Memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan berada di bawah penjagaannya dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya
  7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik
  8. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya 


Prosedur Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik

1)    Peringkat peperiksaan

a)    Teori
b)    Amali
c)    Lisan

Nota: Calon-calon dikehendaki lulus ke tiga-tiga peringkat peperiksaan bagi dianugerahkan perakuan kekompetenan tersebut

2)    Kebenaran mengulang peperiksaan

a)    Calon-calon yang gagal dalam mana-mana bahagian peperiksaan (amali dan lisan) akan diberi
       kebenaran untuk mengulang peperiksaan dalam tempoh dua (2) tahun.

b)    Contoh mengulang peperiksaan:

 

Bil

Teori

Amali

Lisan

Keputusan

1

G

TB

TB

Mengulang teori

2

L

L

G

Mengulang lisan sahaja

3

L

G

TB

Mengulang amali dan lisan


                                                                         L : lulus, G: Gagal, TB : Tidak Berkaitan
 

  • Carta Aliran Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik
  • Kategori Penjaga Jentera