gap

Panduan

PANDUAN DAFTAR PENGGUNA

Panduan login kali pertama

  • Bagi login kali pertama ID Pengguna dan Katalaluan adalah Alamat emel (bagi Syarikat) / No. MyKad (bagi Individu) dan katalaluan yang diberikan pada emel pengguna.
  • Skrin Tukar Katalaluan akan dipaparkan dan pengguna diminta untuk tukar katalaluan.
  • Selepas katalaluan ditukar, pengguna diminta setuju dengan terma yang ditetapkan.
  • Dashboard akan dipaparkan.

Panduan tukar kata laluan

  • Fungsi Tukar Kata Laluan adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk menukar Kata Laluan.
  • Pengguna perlu log masuk ke dalam sistem menggunakan katalaluan yang asal terlebih dahulu.
  • Sila klik pada hiper pautan MANUAL PENGGUNA TUKAR KATALALUAN untuk bantuan.

Panduan terlupa kata laluan

  • Fungsi Terlupa Kata Laluan adalah untuk menukar semula Kata Laluan anda.
  • Sila klik pada hiper pautan MANUAL PENGGUNA TERLUPA KATALALUAN untuk bantuan.
  • Pengguna perlu ingat jawapan kepada soalan sekuriti yang telah ditetapkan semasa pengguna membuat daftar pengguna kali pertama.

Panduan terlupa id pengguna

  • ID Pengguna bagi Individu (Orang Kompeten atau Pengurus Tenaga Elektrik) adalah No. MyKad individu tersebut.
  • ID Pengguna bagi Syarikat adalah email yang telah didaftarkan semasa proses Daftar Pengguna bagi kali pertama pendaftaran. 
  • Sebarang pertukaran ID Pengguna bagi Syarikat adalah tidak digalakkan. Sekiranya perlu, sila berhubung melalui menu Bantuan >> Borang Maklum Balas.
  • Sekiranya pengguna terlupa ID Pengguna untuk akses ke dalam Sistem ECOS, sila ke menu Bantuan >> Borang Maklum Balas. Isikan maklumat berikut:
    • (Jika pendaftaran ID Pengguna sebagai SYARIKAT):
      • Nama Syarikat yang didaftarkan
      • No. Pendaftaran Syarikat
      • Alamat surat menyurat
      • Alamat tapak / permohonan.
    • (Jika pendaftaran ID Pengguna sebagai INDIVIDU):
      •  Nama
      • No. MyKad
      • Alamat surat menyurat
  • ID Pengguna dan kata laluan adalah kunci bagi maklumat akaun anda. ID Pengguna dan kata laluan diperlukan untuk login ke Sistem ECOS Suruhanjaya Tenaga. Antara langkah-langkah yang dapat membantu anda melindungi ID Pengguna dan kata laluan adalah seperti berikut:
    • Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
    • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
    • Tukar kata laluan secara berkala
    • Jangan gunakan fungsi "Remember Password", kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
    • Keluar atau 'Log Out' dari sistem ECOS sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun

Panduan semakan status

  • Pengguna perlu log masuk ke dalam Sistem ECOS Online untuk menyemak status permohonan bagi perkhidmatan yang dipohon secara atas talian.