Skip to Content

Log Masuk
Untuk pendaftaran syarikat, bagi syarikat Kontraktor/Pemilik Pepasangan/Pemegang Lesen Pepasangan Persendirian (bawah 5MW), sila hubungi Pejabat Suruhanjaya Tenaga untuk mengemaskini emel syarikat sebelum membuat pendaftaran pengguna.
Pengenalan

Sistem ECOS menyediakan perkhidmatan atas talian untuk perkhidmatan-perkhidmatan seperti Pendaftaran Kontraktor Elektrik, Pendaftaran Pepasangan Elektrik, Pelesenan Pepasangan Persendirian, Pendaftaran Orang Kompeten Elektrik, Permohonan untuk Peperiksaan Kekompetenan Elektrik dan Pendaftaran Pengurus Tenaga Elektrik. Ini merupakan inisiatif Suruhanjaya Tenaga bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan secara lebih cekap, mudah dan mesra pengguna.

Pengumuman
    • Notis Pemakluman Peperiksaan Teori Sesi 1/2024

      ST hanya akan melaksanakan SATU (1) SESI Peperiksaan Bertulis (Teori) Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik (A4, B0, B0 TNB, B1 & B4) untuk calon-calon yang telah memohon dan layak menduduki peperiksaan pada tahun 2024, yang akan dijalankan secara fizikal serta serentak di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja. Untuk maklumat lanjut sila klik di SINI.

  • Notis Pembayaran Permohonan Bagi Operasi Pejabat Suruhanjaya Tenaga Di Sabah

    Semua permohonan di Pejabat ST Pantai Barat Sabah (termasuk W.P Labuan) & Pejabat ST Pantai Timur Sabah akan ditolak berkuatkuasa 11 Disember 2023. Permohonan yang telah lulus perlu dibayar selewat-lewatnya pada 17 Disember 2023.

    Bagi permohonan daripada W.P Labuan yang ditolak, pemohon perlu membuat permohonan semula pada tahun hadapan yang akan diproses oleh Pej. Kaw. ST Negeri Sembilan & Melaka.

  • Notis Penamatan Operasi Pejabat Suruhanjaya Tenaga Di Sabah

    Pejabat ST Pantai Barat Sabah Kota Kinabalu dan Pejabat ST Pantai Timur Sabah di Sandakan akan menamatkan operasi berikutan penyerahan kuasa kawalselia ST di Sabah kepada Enery Commission of Sabah (ECoS) BERKUAT KUASA 1 JANUARI 2024.

    *Nota tambahan: Pemohon yang terlibat dimohon membuat permohonan melalui Sistem ECOS sebelum 10 Disember 2023 bagi melancarkan proses migrasi ini. Pemohon yang terlibat juga dimohon merujuk kepada pihak Energy Commission of Sabah bagi tujuan pendaftaran seterusnya. 

  • Perhatian

    Setiap permohonan yang telah dihantar secara atas talian pada Sistem ECOS, sila cetak SURAT AKUAN dan BORANG ST(KE)1 (untuk Permohonan Pendaftaran Orang Kompeten) dan HANTAR ke Pejabat Kawasan Suruhanjaya Tenaga berhampiran. Manakala bayaran boleh dibuat di Pejabat Kawasan ST atau secara atas talian (Online Payment) melalui sistem ECOS.

  • Pemakluman Pemakaian Kad Pengenalan Orang Kompeten (CPIC)

    Mulai 07 November 2018, setiap orang kompeten yang berdaftar dengan ST boleh mencetak sendiri Kad Pengenalan Orang Kompeten (CPIC) melalui Sistem ECOS Online.Tujuan CPIC adalah untuk menggalakkan pendaftaran orang kompeten elektrik dengan ST dan memudahkan orang awam/pemilik/pengurusan pepasangan elektrik membuat semakan dan mengenalpasti orang kompeten yang berdatfar dengan ST sebelum menjalankan kerja-kerja elektrik. CPIC yang telah dicetak hendaklah dibawa oleh orang kompeten setiap kali melaksanakan kerja-kerja elektrik.

  • Pemakluman Permohonan Peperiksaan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten (JEK) Terhad Makmal Voltan Tinggi.

    Mulai 2 Disember 2019, permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten (JEK) Terhad Makmal Voltan Tinggi telah dibuka dan permohonan boleh dibuat melalui ECOS Online. Peperiksaan JEK Terhad Makmal Voltan Tinggi ini diwujudkan bagi memastikan peruntukan perundangan berkaitan kawalan kompeten untuk mengendalikan pepasangan di makmal-makmal voltan tinggi dipatuhi.