gap

Pendaftaran Kontraktor

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR ELEKTRIK

(Peraturan 75-79 : Peraturan-peraturan Elektrik 1994)

  1. Gunakan Borang ST(KE)2 dan ST(KE)1.
  2. Pendaftaran Perniagaan (bukan Sdn Bhd) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    Lampirkan:
    1. Borang D dan
    2. Maklumat Perniagaan yang terkini


Atau

  1. Pendaftaran Syarikat (Sdn Bhd) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    Lampirkan:
    1. Borang 9, Perakuan Pemerbadanan Syarikat yang terkini
    2. Borang 24
    3. Borang 49
    4. MAA (Memorandum & Article Of Association)
    5. Form of Annual Return of a Company yang terkini
  1. Pemohon - orang yang memohon pendaftaran dan juga orang yang mendaftarkan Perniagaan/Syarikat
    1. Mestilah Ahli Lembaga Pengarah atau Pengarah - dengan pegangan/milikan Saham atau dengan Special Resolutions (resolusi yang dipersetujui oleh semua Ahli Lembaga Pengarah bagi menerima tanggungjawab atas permohonan dan seterusnya sebagai pemegang perakuan pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik bagi pihak perniagaan/syarikat); atau
    2. Mestilah orang yang empunya perniagaan (pemilik tunggal) atau rakan kongsi
  1. SOCSO - Insurans untuk pekerja dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO / SOCSO) 1969:
    Jadual caruman dan resit caruman bagi semua orang kompeten yang dijawat oleh syarikat (melainkan yang berumur 55 tahun dan ke atas atau ahli Lembaga Pengarah yang tidak pernah mencarum atau mereka yang bergaji lebih RM2,000.00).

 

  1. Peralatan Menguji
         (Catat nombor siri peralatan dan sertakan resit pembelian sekiranya ada)

     a.Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester) -  (500/1000/5000) Volts
     b.Penguji Pemutus Litar Arus Baki (Residual Current Device Tester)
     c.Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester)

  1. Perjanjian Sewa Kedai

Perjanjian Sewa Kedai (Tenancy Agreement) yang disetemkan atau suratan hakmilik atau suratan jual beli bagi premis perniagaan dan / atau pejabat   yang didaftarkan - atas nama sendiri / rakan kongsi perniagaan / syarikat atau Ahli Lembaga Pengarah.

 

  1. Pendaftaran Orang Kompeten
    Isi borang ST(KE)1 - Pendaftaran orang kompeten (Jurutera Perkhidmatan Elektrik / Jurutera Elektrik Kompeten / Penyelia Elektrik / Penjaga Jentera / Pendawai / Pencantum Kabel) lengkap dengan gambar, salinan perakuan, salinan kad pengenalan depan belakang, surat tawaran dan surat penerimaan jawatan, dan surat berhenti kerja dari majikan terdahulu.

 

  1. Papan Tanda Syarikat / Premis Perniagaan
    1. Lesen papan tanda dari Dewan Bandaraya / Majlis Daerah / Majlis Perbandaran surat / resit pengesahan bagi permohonan lesen ini memadai pada masa permohonan dibuat, jika berkaitan (terdapat Majlis yang tidak memerlukan lesen ini)
    2. Gambar berwarna saiz 3R (Poskad) bagi :
      1. Papan tanda syarikat / pejabat (sign board)
      2. Pandangan dari hadapan bangunan premis perniagaan
      3. Pandangan ruangan dalam pejabat
      4. Setor menyimpan barangan elektrik
      5. Peralatan menguji

 

KEHENDAK BAGI PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN ELEKTRIK

Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai seorang Kontraktor Perkhidmatan Elektrik boleh dikeluarkan atau diperbaharui melainkan Suruhanjaya berpuas hati bahawa:

  1. Orang itu yang telah mendaftarkan perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau sebuah syarikat yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  2. Orang itu mengambil kerja sepenuh masa Jurutera Perkhidmatan Elektrik, dan tiada apa-apa dalam perenggan ini melarang orang yang sama daripada menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik itu.
  3. Orang itu mempunyai perlindungan insurans bagi pekerjanya di bawah Akta Keselamatan SosiaI Pekerja 1969.
  4. Orang itu memiliki kelengkapan menguji dan peralatan yang berkaitan dengan kerjanya yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.

 

PENGELASAN KONTRAKTOR ELEKTRIK

Nota : Pendawai yang dijawat dikehendaki bekerja sepenuh masa.

Kelas Nilai Kerja Kategori Pendawai yang perlu dijawat Bilangan

A

Kerja melebihi RM 1 juta

(a) Pendawai Fasa Tiga + Endorsan Pengujian (PW4)
(b) Pendawai Fasa Tiga (PW3)
(c) Pendawai Fasa Tunggal (PW1)

1
2
2

B

Kerja mencapai RM 1 juta

(a) Pendawai Fasa Tiga + Endorsan Pengujian (PW4)
(b) Pendawai Fasa Tiga (PW3)
(c) Pendawai Fasa Tunggal (PW1)

1
1
1

C

Kerja mencapai RM500,000.00

(a) Pendawai Fasa Tiga + Endorsan Pengujian (PW4)

1

D

Kerja mencapai RM100,000.00

(a) Pendawai Fasa Tunggal + Endorsan Pengujian (PW2)

1