3.0 Semakan Status Permohonan

Previous

1. Pengguna boleh akses kepada menu Semak Status Permohonan Pepasangan. Pengguna perlu membuat pilihan menu:


       Menu  >> Semakan Status



2. Klik pada hiperpautan untuk PERMOHONAN PEPASANGAN ELEKTRIK / KEMASKINI PERMOHONAN untuk membuat semakan berikut:


Skrin 18: Antaramuka Permohonan Pembaharuan Tamat Tempoh dan Pindaan Kapasiti / Kemaskini Permohonan


3. Paparan antaramuka Semakn Status Permohonan Pembaharuan Tamat Tempoh dan Pindaan Kapasiti.


Skrin 19: Antaramuka Semak Status Permohonan Pembaharuan Tamat Tempoh dan Pindaan Kapasiti

4.  Senarai akan papar maklumat berikut:


5. Status Permohonan seperti berikut:


JENIS STATUS

KETERANGAN

DRAF

maklumat permohonan baru/daftar semula/pindaan kapasiti telah dimasukkan sepenuhnya/sebahagian oleh pemohon tetapi belum dihantar kepada ST secara atas talian. Pemohon masih boleh mengemaskini maklumat permohonan.

PENDAFTARAN BARU

maklumat permohonan baru telah dimasukkan sepenuhnya oleh pemohon dan telah dihantar kepada ST secara atas talian.

PENDAFTARAN SEMULA

maklumat permohonan daftar semula telah dimasukkan sepenuhnya oleh pemohon dan telah dihantar kepada ST secara atas talian.

PINDA

maklumat permohonan pindaan kapasiti telah dimasukkan sepenuhnya oleh pemohon dan telah dihantar kepada ST secara atas talian.

LENGKAP

permohonan telah diterima secara atas talian oleh ST dan telah disemak dan lengkap untuk ke proses seterusnya.

TIDAK LENGKAP

permohonan telah diterima secara atas talian oleh ST dan telah disemak dan tidak lengkap. Pemohon perlu menghantar semula permohonan secara atas talian ke ST.

DISOKONG

permohonan telah disokong untuk kelulusan

TIDAK DISOKONG

permohonan tidak disokong untuk kelulusan

PENGARAH LULUS

permohonan telah diluluskan. Pemohon perlu membuat bayaran sekiranya pembayaran belum dibuat

TIDAK LULUS

permohonan tidak diluluskan.

SIJIL TELAH DIKELUARKAN

Perakuan telah dicetak dan siap untuk diambil oleh/dihantar kepada pemohon.



6.   Klik pada ikon Kemaskini () untuk kemaskini permohonan:



7. Klik pada butang () Bayaran, akan ke skrin Bayaran Atas Talian untuk pengguna membuat bayaran secara atas talian untuk permohonan yang telah dihantar. Pengguna adalah dinasihatkan untuk membuat bayaran HANYA selepas permohonan telah disemak dan diluluskan oleh ST.

Created with the Personal Edition of HelpNDoc: Write eBooks for the Kindle