3.0 Semakan Status Permohonan

Previous

Pengguna boleh akses kepada menu Semak Status Permohonan. Pengguna perlu membuat pilihan menu:


       Menu  >> Semakan



Klik pada hiperpautan SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PELESENAN PERSENDIRIAN 5MW DAN KE BAWAH untuk papar senarai semakan permohonan yang telah dibuat. Antaramuka berikut akan dipaparkan:


Skrin 7: Antaramuka Menu Semakan Permohonan Pelesenan


Klik pada hiperpautan untuk Semak Status Permohonan Pelesenan Baru Pepasangan Persendirian, Permohonan Pelesenan Semula dan Pindaan Kapasiti untuk membuat semakan status permohonan pendaftaran pelesenan.



Skrin 8: Antaramuka Menu Semakan Status Permohonan Pelesenan


1.  Senarai permohonan yang telah dipohon akan dipaparkan. Senarai yang dipaparkan termasuk:


2.  Senarai akan papar maklumat berikut:

STATUS

PENERANGAN

DRAF

maklumat permohonan baru telah dimasukkan sepenuhnya / sebahagian oleh pemohon tetapi belum dihantar kepada Suruhanjaya Tenaga secara atas talian. Pemohon masih boleh mengemaskini maklumat permohonan.

PERMOHONAN BARU

maklumat permohonan baru telah dimasukkan sepenuhnya oleh pemohon dan telah dihantar kepada Suruhanjaya Tenaga secara atas talian

PERMOHONAN PELESENAN SEMULA

maklumat permohonan pelesenan semula telah dimasukkan sepenuhnya / sebahagian oleh pemohon dan telah dihantar kepada Suruhanjaya Tenaga secara atas talian

PERMOHONAN PINDAAN KAPASITI

maklumat permohonan pindaan kapasiti telah dimasukkan sepenuhnya oleh pemohon dan telah dihantar kepada Suruhanjaya Tenaga secara atas talian

LENGKAP

permohonan telah diterima secara atas talian oleh Suruhanjaya Tenaga dan telah disemak dan lengkap untuk ke proses seterusnya.

TIDAK LENGKAP

permohonan telah diterima secara atas talian oleh Suruhanjaya Tenaga dan telah disemak dan tidak lengkap.

LULUS

permohonan telah diluluskan. Pemohon perlu membuat bayaran sekiranya pembayaran belum dibuat

TIDAK LULUS

permohonan tidak diluluskan

SIJIL TELAH DIKELUARKAN

perakuan Borang F telah dicetak

STATUS

PENERANGAN

BELUM BAYAR

pemohon belum membayar jumlah fi yang dinyatakan

SUDAH BAYAR

pemohon sudah membuat pembayaran mengikut jumlah fi yang dinyatakan


3.  Klik pada hiperpautan No. Permohonan


4. Klik pada butang "" untuk membuat pembayaran secara atas talian mengikut Jumlah Fi yang telah dinyatakan. Skrin bayaran atas talian akan dipaparkan seperti berikut. Untuk maklumat lanjut mengenai proses pembayaran secara atas talian sila rujuk manual pengguna Syarikat > Hasil > Bayaran Atas Talian.


5. Klik pada ikon () KEMASKINI


6. Klik pada ikon () CETAK


7. Klik pada ikon () SURAT AKUAN


8. Klik ikon () untuk hapus permohonan. Hanya permohonan yang status = DRAF sahaja yang boleh dihapuskan.


Created with the Personal Edition of HelpNDoc: Free EPub producer