1.0 Login Pengguna

Previous Next

PENGENALAN


Pengguna perlu mendaftar sebagai pengguna Sistem ECOS terlebih dahulu. Jika telah mendaftar, sila ke laman sesawang (http://ecos.st.gov.my) untuk akses ke Sistem ECOS.  Pengguna boleh akses ke Sistem ECOS ini menggunakan antaramuka Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 (ke atas).


Manual ini adalah bagi proses berikut:



LOGIN PENGGUNA


1.  Masukkan alamat laman sesawang untuk ke Sistem ECOS (http://ecos.st.gov.my) pada tetingkap pengguna. Antaramuka untuk daftar masuk pengguna akan dipaparkan.

Skrin 1: Antaramuka Login

2.  Masukkan ID pengguna (username) dan kata laluan pengguna.




3.  Sekiranya kata laluan atau ID pengguna salah, antaramuka berikut akan dipaparkan:


Skrin 2: Antaramuka Salah Katalaluan


4.  Masukkan kata laluan yang betul. Klik butang "", antaramuka laman utama akan dipaparkan.



SYARAT-SYARAT LAIN

1. Bagi pengguna kali pertama, pengguna perlu klik pada butang Daftar Pengguna () pada laman sesawang http://ecos.st.gov.my untuk membuat pendaftaran pengguna baharu. Skrin berikut akan dipaparkan:


2. Sila buat pilihan Jenis Pengguna = Individu. Maklumat lain yang perlu dimasukkan akan di paparkan:


3. Kesemua maklumat adalah mandatori untuk dimasukkan. Masukkan maklumat berikut:

Contoh: ALI BIN ABU

Contoh: 700101991234

Contoh:  ali.abu@testemail.com

4. Klik butang SIMPAN () untuk simpan daftar pengguna yang dimasukkan. Sistem akan hantar emel kepada emel pengguna yang telah dimasukkan. Emel tersebut mengandungi katalaluan yang telah dijana oleh sistem dan laman sesawang ke Sistem ECOS.



Created with the Personal Edition of HelpNDoc: Create iPhone web-based documentation