gap

Tatacara Pemprosesan Lesen

Pemprosesan lesen adalah seperti berikut:

 

  1. Semua permohonan lesen awam diproses oleh Unit Pelesenan, Jabatan Kawalselia Pembekalan Elektrik (JKPE) di Ibu Pejabat ST dan melibatkan tindakan-tindakan berikut:
  1. JKPE menerima permohonan lesen awam menggunakan Borang Permohonan Pelesenan ST(JPE) pindaan 2009
  2. Unit Pelesenan ST menyemak dan menilai permohonan bagi memastikan ianya memenuhi kriteria yang ditetapkan;
  3. Unit Pelesenan menyediakan kertas ST dan dikemukakan kepada Pengarah JKPE sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan untuk kelulusan;
  4. Kertas ST dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga ST untuk kelulusan bagi diperakukan kepada YB. Menteri;
  5. Unit Pelesenan menyediakan memorandum kepada YB. Menteri untuk kelulusan;
  6. setelah permohonan lesen diluluskan oleh YB. Menteri, lesen disediakan untuk ditandatangani oleh Pengerusi ST. JKPE memungut fi lesen mengikut kadar yang ditetapkan dalam perundangan dan seterusnya memberikan lesen kepada pemohon; dan
  7. setelah lesen diberikan, JKPE memantau kemajuan perlaksanaan projek dan seterusnya menentukan terma dan syarat-syarat lesen dipatuhi dan mengutip fi lesen tahunan.
  1. Semua permohonan lesen persendirian berkapasiti 5 MW ke bawah diproses di pejabat-pejabat Kawasan. Permohonan diproses oleh Ketua Kawasan dan lesen diberikan oleh Ketua Kawasan dengan menggunakan Borang F (Peraturan-Peraturan Elektrik pindaan 2003).
  2. Permohonan lesen persendirian melebihi 5 MW diproses di Ibu Pejabat dan aliran pemprosesan permohonan adalah sama seperti aliran pemprosesan permohonan lesen awam seperti di perenggan  (a) diatas.
  3. Permohonan untuk lesen persendirian melebihi 5 MW, lesen awam dan lesen SREP hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pelesenan ST(JPE) pindaan 2009 yang boleh dimuat turun di laman web rasmi ST.

 

Carta Aliran Pemprosesan Permohonan Lesen Persendirian 5 Mw Ke Atas, Lesen Awam &  Lesen SREP