Pendaftaran Kontraktor
Dibawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 telah mewujudkan beberapa kategori kontraktor bersesuaian dengan kerja-kerja tertentu yang telah ditakrifkan di pepasangan elektrik iaitu :-
i. Kontraktor Perkhidmatan Elektrik (Peraturan 71)
ii. Kontraktor Elektrik (Peraturan 75)
iii. Unit Pendawaian Persendirian (Peraturan 80)
iv. Kontraktor papan Tanda (Peraturan 84)
v. Kontraktor Pembaikan (Peraturan 88)
vi. Pengilang Papan Suis (Peraturan 92)
Tujuan Pendaftaran Kontraktor:
i. Memastikan keselamatan pendawaian/pepasangan elektrik
ii. Memantau keperluan orang kompeten yang mengendali/membuat pendawaian
iii. Menentukan standard piawaian pendawaian di patuhi
Syarat-Syarat Permohonan Pendaftaran Kontraktor Dan Senarai Semak Permohonan.
i. Mengisi Borang Pemohonan Pendaftaran Kontraktor di ECOS Online
ii. Maklumat Peniagaan
iii. Pengesahan daftar perniagaan
iv. Maklumat orang kompeten (diisi bersama borang ST(KE)1)
v. Kelengkapan/alat ujian
vi. Maklumat premis perniagaan
vii. Lain-lain maklumat yang diperlukan oleh Suruhanjaya Tenaga