gap
Panduan
PANDUAN DAFTAR PENGGUNA
- Sila klik pada hiper pautan CARTA ALIR DAFTAR PENGGUNA untuk bantuan paparan carta alir untuk pendaftaran pengguna Sistem ECOS Online.
- Sila klik pada hiper pautan CARTA ALIR TATACARA KEMASKINI EMEL SYARIKAT untuk syarikat mengemaskini emel syarikat sebelum daftar pengguna. Ini untuk syarikat yang telah mempunyai rekod/maklumat pendaftaran kontraktor/pepasangan/pelesenan dengan ST tetapi tiada emel yang terkini.
- Untuk tatacara pendaftaran pengguna baharu, sila klik pada hiper pautan MANUAL DAFTAR PENGGUNA INDIVIDU / SYARIKAT
Panduan login kali pertama
- Bagi login kali pertama ID Pengguna dan Katalaluan adalah Alamat emel (bagi Syarikat) / No. MyKad (bagi Individu) dan katalaluan yang diberikan pada emel pengguna.
- Skrin Tukar Katalaluan akan dipaparkan dan pengguna diminta untuk tukar katalaluan.
- Selepas katalaluan ditukar, pengguna diminta setuju dengan terma yang ditetapkan.
- Dashboard akan dipaparkan.
Panduan tukar kata laluan
- Fungsi Tukar Kata Laluan adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk menukar Kata Laluan.
- Pengguna perlu log masuk ke dalam sistem menggunakan katalaluan yang asal terlebih dahulu.
- Sila klik pada hiper pautan MANUAL PENGGUNA TUKAR KATALALUAN untuk bantuan.
Panduan terlupa kata laluan
- Fungsi Terlupa Kata Laluan adalah untuk menukar semula Kata Laluan anda.
- Sila klik pada hiper pautan MANUAL PENGGUNA TERLUPA KATALALUAN untuk bantuan.
- Pengguna perlu ingat jawapan kepada soalan sekuriti yang telah ditetapkan semasa pengguna membuat daftar pengguna kali pertama.
Panduan terlupa id pengguna
- ID Pengguna bagi Individu (Orang Kompeten atau Pengurus Tenaga Elektrik) adalah No. MyKad individu tersebut.
- ID Pengguna bagi Syarikat adalah email yang telah didaftarkan semasa proses Daftar Pengguna bagi kali pertama pendaftaran.
- Sebarang pertukaran ID Pengguna bagi Syarikat adalah tidak digalakkan. Sekiranya perlu, sila berhubung melalui menu Bantuan >> Borang Maklum Balas.
- Sekiranya pengguna terlupa ID Pengguna untuk akses ke dalam Sistem ECOS, sila ke menu Bantuan >> Borang Maklum Balas. Isikan maklumat berikut:
- (Jika pendaftaran ID Pengguna sebagai SYARIKAT):
- Nama Syarikat yang didaftarkan
- No. Pendaftaran Syarikat
- Alamat surat menyurat
- Alamat tapak / permohonan.
- (Jika pendaftaran ID Pengguna sebagai INDIVIDU):
- Nama
- No. MyKad
- Alamat surat menyurat
- (Jika pendaftaran ID Pengguna sebagai SYARIKAT):
- ID Pengguna dan kata laluan adalah kunci bagi maklumat akaun anda. ID Pengguna dan kata laluan diperlukan untuk login ke Sistem ECOS Suruhanjaya Tenaga. Antara langkah-langkah yang dapat membantu anda melindungi ID Pengguna dan kata laluan adalah seperti berikut:
- Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
- Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
- Tukar kata laluan secara berkala
- Jangan gunakan fungsi "Remember Password", kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
- Keluar atau 'Log Out' dari sistem ECOS sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun
Panduan semakan status
- Pengguna perlu log masuk ke dalam Sistem ECOS Online untuk menyemak status permohonan bagi perkhidmatan yang dipohon secara atas talian.