gap

Garis Panduan Pendaftaran Kompeten

Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pencantum Kabel

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah menggunakan borang ST(PE)1 Pin. 4/2007 dan dikemukakan ke pejabat Suruhanjaya Tenaga Kawasan.

Pencantum Kabel

  1. Kategori Pencantum Kabel:
    a)  PK1 (1kV)
    b)  PK2 (11kV)
    c)  PK3 (33kV)
    d)  PK4 (66kV)
    e)  PK5 (132kV)
    f)  PK6 (Tiada sekatan)
  2. Mana-mana cantuman, sambungan atau penamatan elektrik hendaklah dibina dan dibuat bagi memenuhi maksudnya berkenaan dengan kekonduksiaan, penebatan, kekuatan mekanik dan perlindungan mekaniknya.
  3. Sesuatu cantuman sambungan atau penamatan mana-mana kabel atau sesuatu cantuman berperisai bertebatkan polivinil klorida hendaklah dijalankan oleh Pencantum Kabel.
  4. Kabel yang disebut dalam subperaturan (3) hendaklah termasuk:-
    a)  Suatu kabel bertebat kandungan kertas, disalut dalam plumbum atau aluminium
    b)  Kabel berperisai dengan penebat thermostat
    c)  Kabel bertebat mineral
    d)  Kabel bertebat polimer
    e)  Kabel berisi minyak
    f)  Kabel tekanan gas
    g)  Mana-mana kabel lain yang Suruhanjaya Tenaga fikirkan pencantuman, penyambungan dan
         penamatan kabel itu menghendaki kemahiran khusus

Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pencantum Kabel

(Peraturan 51, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaanya)

  1. Seorang warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 20 tahun;
  3. Kelayakan pendidikan minima yang telah ditetapkan adalah tamat tingkatan lima sekolah bantuan kerajaan;
  4. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 3 tahun dalam mencantum, menyambung dan menamatkan kabel
  5. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan
  6. Sebelum calon-calon memohon menduduki peperiksaan dia hendaklah tahu dan memahami kerja mencantum, menyambung dan menamatkan pelbagai jenis kabel yang kemungkinan berada di bawah jagaanya dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk melakukan kerja itu.
  7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
  8. Mempunyai pengetahuan mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya.
    ATAU
  9. Peperiksaan Kekompetenan Pencantum Kabel bagi Calon-Calon dari TNB, SESB dan SESCO

(Pekeliling Jabatan Bekalan Elektrik Bilangan: 1 Tahun 1996, bertarikh 10 Feb 1996)

       a) Kelayakan:
          i.  Kelayakan Asas (Seperti di atas)
          ii. Mempunyai Sijil Kecekapan selama tiga (3)  tahun yang dikeluarkan oleh Pihak Pengurusan Tenaga
              Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Electricity Supply
              Corporation (SESCO) yang masih berkhidmat atau yang telah meninggalkan perkhidmatannya,
         ATAU
         iii. Mempunyai Sijil Kelulusan (bukan menghadiri kursus/seminar) yang dikeluarkan oleh ILSAS/IKATAN
              atau SESB atau SESCO

      b) Cara menduduki peperiksaan
          i.  Menduduki peperiksaan lisan Bahagian Akta dan Peraturan
 

Kategori Perakuan Orang-Orang Kompeten

Pencantum Kabel (PK)

 Bil. Perakuan Sekatan Voltan
  1. PK1 Voltan Rendah
  2. PK2 Sehingga 11kV
  3. PK3 Sehingga 33kV
  4. PK4 Sehingga 66kV
  5. PK5 Sehingga 132kV
  6. PK6 Tiada Sekatan