gap

Garis Panduan Pendaftaran Kompeten

Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penyelia Elektrik Kompeten

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah menggunakan borang ST(PE)1 Pin. 4/2007 dan dikemukakan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga.

 

Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penyelia Elektrik Kompeten

(Peraturan 48 dalam Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaan)

  1. Seorang warganegara Malaysia.
  2. Memiliki Diploma atau kelulusan yang setaraf dengan Diploma dalam Kejuruteraan Elektrik dari Institut yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ataupun Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Mempunyai pengalaman kerja dalam operasi pepasangan elektrik selama 5 tahun pada sekatan voltan sehingga 1 kV dan sekurang-kurangnya salah satu daripada kategori berikut:-
    1. Kerja-kerja senggaraan, atau
    2. Kerja-kerja rekabentuk, atau
    3. Mula tugas pepasangan elektrik dalam operasi pepasangan elektrik
  4. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
  5. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang amalan kejuruteraan elektrik moden termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang digunakan bagi penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan, perlindungan dan permeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan kecekapan tenaga.
  6. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
  7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang di bawahnya.

    *(Nota:- Bagi pemegang Ijazah atau kelulusan yang setaraf dengan ijazah dalam kejuruteraan elektrik dari Institut yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ataupun Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tetapi belum berdaftar sebagai jurutera profesional dan mempunyai pengalaman sepertimana di atas boleh juga memohon dengan syarat berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia).

         

Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Penyelia Elektrik Kompeten

KERTAS 1 - Jawapan bertulis soalan yang disediakan.

1)    Perkara – perkara yang berkaitan:-

a)    Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
b)    Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaanya.
c)    Standard MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Installations of Building'.
d)    MS 1936:2006 ‘Electrical Installations of Building – Code of Practice'.
e)    MS 1936:2006 ‘Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364'
f)     Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.

2)    Kejuruteraan elektrik dan aplikasinya

3)    Kecekapan tenaga dan penggunaan tenaga dengan cekap.

4)    Pepasangan Elektrik (Rekabentuk, Pengoperasian dan Pengendalian)

a)   Pengetahuan asas, litar-litar, kapasiti litar pintas, kelegaan keselamatan, operasi dan penyelenggaraan :-
set-set penjanaan dan papan penyegerakkan, motor, pemula dan suis, litar utama, kemasukkan utama dan sub-stesen agihan, papan agihan, feeder pillars, talian atas, penyelenggaraan, kabel bawah tanah dan pendawaian dalaman, lampu jalan dan lampu laman.

b)   Pengetahuan asas, ciri-ciri keselamatan teknikal, pengoperasian dan penyelenggaraan :
'switchgear', interrupters, fius dan pengasing, mesin-mesin berputar dan pemula, kuasa, voltan, arus, penukar, pengalir, kabel dan dawai, meter radas penunjuk dan geganti pelindung, penangkap kilat, radas-radas dan aksesori.

5)    Sistem Elektrik

Pengetahuan asas, tataatur, paras kerosakan, susut voltan, kehilangan, pindah beban, keperluan keselamatan, operasi dan penyelenggaraan : 
penghantaran dan pengagihan rangkaian, sistem pembumian dan perlindungan kilat, pendawaian dalaman, lampu jalan dan lampu laman.

6)    Pelbagai

Pengetahuan asas, aspek-aspek keselamatan, operasi dan penyelenggaraan :
penggerak utama stesen penjanakuasa, on–load tap changes,  sistem pemadam kebakaran bangunan, sesalur busbar janakuasa dan medan litar motor dan set janakuasa mudah alih.


KERTAS  2 -  Temuduga Profesional

1)    Temuduga profesional berdasarkan:-

a)   pengalaman dan latihan yang telah dijalankan oleh calon dan jawapan bertulis kepada soalan yang diberikan; dan
b)  pengetahuan berkenaan dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 serta Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.